Searching...

Get This

Tuesday, November 11, 2014
11:37 PM 0

WANITA ALAMI MASALAH PEMBESARAN BUAH DADA SELAMAT DIBEDAH



TEXAS – Seorang wanita yang mengalami pembesaran payu dara secara tidak normal dengan berat setiap payudaranya mencecah 6.8 kilogram, akhirnya  selamat menjalani pembedahan bagi membuang tisu lebihan payu dara terbabit, sekali gus menjadikan dia kelihatan normal.

Akibat pembesaran payudara tersebut, Kerisha Mark, 39, telah mengalami masalah kesihatan termasuk sakit dada, migraine serta sakit belakang.

Keadaan yang dialami oleh Mark itu dikenalpasti sebagai `gigantomastia’ iaitu apabila payudara membesar dengan berat melebihi tiga peratus daripada berat badan seseorang .

Kini selepas menjalani pembedahan yang dijalankan oleh pakar bedah plastik, Dr Franklin Rose, Mark boleh memakai coli saiz D berbanding saiz 36 NNN sebelum ini.

“Akibat payu dara saya membesar, saya tidak boleh berlari atau bermain permainan sukan.  Pergerakan saya juga terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Franklin berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu sejak dia menjadi doktor selama 35 tahun.

“Payu daranya amat besar hinggakan ia mencecah ke bahagian pinggang dan ia umpama membawa tiga bola tampar, disebabkan saiznya yang begitu besar.

“Saya terpaksa meminta bantuan rakan sekerja dalam pembedahan selama empat jam ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...