Searching...

Get This

Wednesday, November 19, 2014
5:55 PM 0

(VEDIO): Kumpulan MahaRaja Lawak Mega 2014,Malukan Juri dari Indonesia (Farah Quinn)



PROGRAM lawak popular, Maharaja Lawak Mega 2014 kembali dengan musim terbaharunya bermula Jumaat lalu.

Seperti yang diketahui, sebanyak 15 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Di sebalik kekuatan lawak peserta, antara yang menjadi perhatian penonton terhadap program ini ialah kepelbagaian latar belakang barisan juri yang terdiri daripada tiga negara serumpun.

Mewakili negara Malaysia, Datuk Jalaluddin Hassan dan pelakon cantik, Nur Fazura telah diberi kepercayaan memberi ulasan dan komen terhadap setiap persembahan yang dijayakan.

Sementara mewakili Indonesia, chef seksi dan jelita, Fara Quinn diberi tanggungjawab sepertimana yang digalas Luna Maya tahun lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah pula mewakili juri dariSingapura.

Jika dilihat pada minggu pertama, kebanyakan kumpulan hanya ‘so-so’ sahaja persembahan mereka namun ada juga yang dilihat mampu memberikan saingan kepada peserta ‘favourite’ seperti Sepahtu, Shiro dan Virus.

Antaranya, kumpulan Jalur yang dianggotai Along Cham, Rahim dan Joey muncul dengan lawak kreatif sekali gus menghangatkan pentas pada hari tersebut.

Namun, rupanya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan lawak separa lucah yang diketengahkan mereka.

Lawak mahu menghisap ‘nenen’ yang ditujukan kepada Fara mungkin bagi sesetengah orangboleh menerimanya, tetapi ada juga yang mengatakan lawak sebegitu boleh mengaibkan Fara dan jelas raut wajahnya juga sedikit berubah ketika lawak itu ditujukan buatnya.

Mungkin selepas ini pelawak-pelawak tempatan perlu lebih membuat research untuk membuat lawak yang lebih bijak daripada menggunakan lawak-lawak separa lucah dalam meraih perhatianpeminat untuk mengundi mereka.



0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...