Searching...

Get This

Wednesday, September 10, 2014
10:25 AM 0

8 Gambar Panas Siti Saleha Jadi Bahan Lelaki Gatal



Macam ni ceritanya, rasanya ramai sedia maklum bahawa pelakon yang tengah top sekarang, Siti Saleha sedang bercuti di Salang Beach, Pulau Tioman.

Namun ada berita tak sedap yang kami terima apabila ada sumber-sumber memberitahu bahawa sekeping foto Siti Saleha yang sedang duduk di tepi pantai jadi bahan pula.



Sangat annoying okay. Kami pun rasa sakit hati bila melihat screenshot komen-komen yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp oleh sumber-sumber yang juga merupakan peminat Siti Saleha itu.


Mereka juga memberitahu bahawa mereka tak berapa berkenan dengan situasi tersebut. Yelah kan, dah nama pun peminat, mestilah tak suka bila idolanya jadi bahan gangguan seksual.

Bagaimanapun, apabila kami jengah sendiri ke laman Instagram pelakon cantik itu, komen-komen tersebut didapati bukan sahaja mencemari sekeping gambar, tapi boleh dikatakan majoriti gambarnya dibanjiri dengan kata-kata tak senonoh. Kami pula yang rasa takut!


Ada juga yang berpendapat Saleha kerap menjadi mangsa lucah kerana gaya pakaiannya yang seksi. Tapi bila diperhatikan, foto yang tak mendedahkan bahagian tak sepatutnya pun tetap dijadikan bahan.

Tak fahamlah, mungkin Saleha kena buat sesuatu untuk membendung perangai tak senonoh segelintir pengikutnya di laman sosial.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...