Searching...

Get This

Sunday, November 3, 2013
2:32 PM 1

Senduk tembaga zaman tentera Jepun?

Senduk tembaga zaman tentera Jepun?
Tahun 1942 tertera pada bahagian pemegangnya.

SEREMBAN – Rupanya seperti senduk, namun terdapat keunikan tersendiri terhadap barangan yang ditemui seorang penduduk di Kampung Kayu Ara, Mambau, dekat sini.

Nor Azmi Adom, 40, seorang pekerja swasta, menemui artifak unik itu ketika membersihkan longkang di rumahnya, Ahad lalu.

Apa yang unik, pemegang senduk diperbuat daripada tembaga dikesan mempunyai ukiran tertulis L.A diikuti 1942, dipercayai tahun barang tersebut diperbuat.

“Apabila saya buat penyelidikan, rupanya angka ’1942′ itu adalah merujuk kepada tahun 1942 yang merupakan sejarah di mana Jepun berada di Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942.

“Saya percaya, angka 1942 merupakan tahun barangan itu dikeluarkan,” katanya.

Menceritakan semula sebelum penemuan artifak itu, Nor Azmi berkata, rumah yang didiami bersama keluarganya dimasuki air akibat hujan lebat, Ahad lalu.

“Keesokan harinya, saya membantu keluarga membersihkan rumah. Ketika saya bersihkan longkang belakang rumah, saya kutip semua barang-barang yang hanyut dalam longkang. Ketika saya kutip kesemua barang-barang  itulah, saya jumpa barang pelik ini,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya, dia sangkakan ia hanya senduk biasa milik ibu, tetapi apabila melihat kepada bentuk rupanya yang unik, dia terus mengambil dan membasuhnya.

“Ketika itu saya sedar terdapat empat angka selain huruf L.A pada pemegang barang berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Nor Azmi berkata, untuk memastikan kesahihan sama ada penemuan artifak berkenaan ada kaitan dengan sejarah, dia kini sedang mencari maklumat berkaitan angka tertera tersebut di Internet.

Dia turut mengakui tidak senang duduk memikirkan asal usul barang tersebut, malah apabila diceritakan kepada rakan, pelbagai andaian timbul.

“Bagaimanapun, saya pasti barang itu memang tidak wujud di zaman ini,” katanya.

Nor Azmi berkata, dia bercadang untuk menyimpan saja artifak berkenaan, bagaimanapun mengalu-alukan sesiapa yang mahu membuat kajian menghubunginya di talian 019-5008869 – Sinar Harian

1 comments:

  1. senduk yg diperbuat pada 1942 'zaman jepun' pn nk hebohkan & rase pelik le konon. phuiiiii..blm smpi 100 tahun berlalu pon nk rase pelik phuii..phuiii..phuiii.. (org bodoh je yg rase pelik bende mcm tu)

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...