Searching...

Get This

Sunday, August 10, 2014
4:23 PM 0

Lagi Pesawat Penumpang Terhempas!!

Pesawat terhempas di Tehran, kesemua penumpang maut
Pesawat Taban Airlines itu sedang dalam perjalanan ke Tabas - Gambar Fail Sumber http://www.airlines-inform.com




















TEHRAN: Sebuah pesawat penumpang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Mehrabad di Tehran pada Ahad.

Menurut agensi berita Iran lebih daripada 40 penumpang terbunuh dalam nahas itu.

Pesawat Taban Airlines itu sedang dalam perjalanan ke Tabas, sebuah bandar di timur negara itu.

Menurut agensi berita IRNA dan Fars nahas berlaku pada 9.18 pagi waktu tempatan (0448 GMT).



Menurut laporan stesen televisyen rasmi Iran IRINN, pesawat terhempas di kawasan Azadi, ke barat lapangan terbang itu namun tidak dinyatakan angka korban sama ada ia turut merangkumi penduduk.

“Kesemua penumpang terbunuh,” seorang jurucakap jabatan bomba memaklumkan kepada agensi berita IRNA. Satu lagi sumber yang tidak dinamakan berkata pesawat jenis Antonov An-140 itu sedang membawa 48 penumpang ketika ia terhempas.

Terdapat laporan awal yang bercanggah mengenai milik siapakah pesawat itu, ada laporan yang mengatakan ia milik Taban Airlines tetapi satu lagi laporan melaporkan ia milik Sepahan Airlines.

Lapangan Terbang Mehrabad terletak di tengah-tengah Tehran dan menjadi pusat penerbangan tempatan selain menjadi antara lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

Kebanyakan pesawat antarabangsa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini yang terletak di bahagian barat ibu negara Iran itu.





sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...