Searching...

Get This

Sunday, April 20, 2014
12:21 AM 0

WANITA INI MEMAAFKAN PEMBUNUH ANAKNYA DARIPADA DI HUKUM GANTUNG


IRAN – Betapa mulianya wanita ini. Dia sanggup memaafkan pembunuh anaknya, sekali
gus menyelamatkan lelaki berkenaan beberapa saat sebelum digantung. Aksi berkenaan ditonton oleh orang ramai dan tindakan wanita itu yang memaafkan lelaki tersebut, ketika saat-saat akhir hayatnya, mendapat pujian ramai.

Wanita itu sanggup naik ke tempat hukuman itu dijalankan, lalu menampar pipi lelaki tersebut dan kemudiannya memilih untuk memaafkannya. Dia kemudiannya membuka tali yang melilit Balal dan melepaskannya daripada hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas Balal kerana menikam anak lelaki wanita itu yang berusia 18 tahun, tujuh tahun lalu. Menurut bapa mangsa, Abdolghani Hosseinzadeh, isterinya itu menukar fikiran selepas bermimpi arwah anak mereka, beberapa hari sebelum hukuman itu dijalankan.

“Dalam mimpi itu anak saya memberitahu ibunya bahawa dia berada di tempat yang baik
dan memintanya supaya tidak membalas dendam,’’ kata Abdolghani. Sejak mimpi itu, katanya, isterinya telah berfikir dan kemudian mengambil keputusan memaafkan Balal. Abdolghani Hosseinzadeh juga yakin bahawa Balal tidak berniat membunuh anaknya. “Anak saya telah menendang Balal dan pada masa sama Balal telah mengeluarkan pisau dari stokinnya. Balal tidak tahu mengendalikan pisau. Dia sungguh naif,’’ katanya...-

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...