Searching...

Get This

Friday, April 25, 2014
4:27 PM 0

(Gambar) SEBARKAN!! Wanita Cari Suami Hilang

Wanita cari suami hilang sejak dua tahun lepas

Chaw Ten Chee yang hilang hampir dua tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Sekelip mata kau tiada di depan mata.

Tempoh untuk kita kehilangan sesuatu terutama yang tersayang dalam sekelip mata pasti memeritkan.

Namun, itu yang terpaksa ditempuhi oleh Kui Fui Khyun yang kehilangan suaminya hampir dua tahun tanpa khabar berita.

Meskipun sudah dua tahun kehilangan Chaw Ten Chee, namun ianya seolah-olah baru berlaku semalam.

Berumur 58 tahun, hilang sejak 14 Jun 2012 dan usaha mencari Ten Chee masih diteruskan keluarganya.

Perkongsian tiga dekad Ten Chee bersama isteri dikurniakan tiga orang anak dan Ten Chee turut menghidapi sakit kronik serta nyanyuk.

Lokasi terakhir Ten Chee sebelum hilang adalah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di mana dia sedang ditemani isteri mendapatkan rawatan.

'Saya sudah cari. Suami saya hilang sekelip mata. Tak tahu pergi mana.

"Kami sangat rindu dia. Ananya pun rindu, dia hilang sudah dekat dua tahun sampai sekarang tidak jumpa, jika sesiapa pernah bertemu dia, tolong maklumkan kepada kami" rayu Fui Khyun sambil menangis teresak-esak.

Pada mulanya isterinya kelihatan tabah, namun setelah berulang kali menatap gambar suaminya dia tidak dapat menahan air mata.

Bagaimana seorang isteri mahu meneruskan hidup tanpa suami yang selama ini bersama meneman sisa-sisa kehidupan‎ dan kegembiraan bersama anak-anak?

Salah seorang anaknya, Chaw Men Dat, 38, seorang orang kurang upaya (OKU) mengharapkan orang ramai membantu keluarga mencari bapanya.

"Saya harap ada orang yang baik hati menjaga bapa saya. Saya harap dia akan pulang kepangkuan kami,"‎ujarnya.

Dan jika ayahnya ditemui, pasti insan OKU ini dapat memeluk manja kembali ayahnya.

Bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi melalui email awanikasih@astro.com.my dan hubungi 03-20702520.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...