Searching...

Get This

Wednesday, February 19, 2014
12:00 AM 0

Wanita Harus Ketahui!! Jenis Lelaki Yang Harus Wanita Berhati-hati Sebarkan!!

Setia? ia bukan jaminan ketika bercinta selagi hubungan percintaan yang di bina itu belum direalisasikan kepada ikatan pernikahan bermakna anda perlu berhati-hati dengan gambaran kesetiaan pasangan anda
Oleh kerana mabuk bercinta dan dibuai hanyut dek kata-kata manis lelaki membuatkan ramai wanita terus dibuai gelora asmara hingga lupa untuk memikirkan kemana arah tuju hubungan cinta mereka
tips cinta terkini tips cinta: jenis lelaki yang harus wanita berhati hati
Anda tentu tidak mahu menjadi mangsa lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan, jadi berhati-hatilah dan belajar mengenal pasangan yang baru dikenali itu dengan sewajarnya
Berikut adalah beberapa jenis lelaki yang mungkin anda perlu berhati-hati untuk membina atau meneruskan hubungan cinta dengannya
Terburu-buru Ajak Kahwin
Niat yang murni, tetapi disebaliknya ada agenda tertentu. Pelik juga baru sahaja kenal tidak sampai sebulan sudah ajak berkahwin
Beberapa pendapat mengatakan lelaki yang sebenarnya jujur dan bersedia memikul amanat sebagai suami biasanya akan mengambil masa mengenali dan memahami serta membiarkan wanita tersebut memahami dirinya terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk berkahwin
Alam rumahtangga bukan alam yang mudah sebaliknya penuh misteri, penuh dugaan dan cabaran, jadi perlukan pengertian dan saling faham memahami antara dua pihak
“Bertemu Jodoh Dengan Orang Yang Kamu Cintai Mungkin Satu Kebetulan…Tetapi Mencintai Siapa Jodohmu Adalah Kewajipan”
Selalu Sangat Ucapkan Kata-Kata Manis Dan Pujuk Rayu
Berwaspada dengan lelaki jenis ini. Cukup pandai dan hebat bermain kata-kata, kononnya andalah segalanya, tiada dua tiada tiga, tidak dapat hidup tanpa anda disisi dan bermacam-macam lagi kata manis, pujuk rayu, pujian dan janji-janji
Hati mana tidak bergelora asmara jika mendengar kata-kata sebegitu kan…Tetapi awas! takut ada maksud dan niat lain yang tersirat
Bersikap Tidak Menentu
Sikapnya sukar difahami, kadang-kadang terlalu baik tetapi tiba-tiba menjadi marah-marah, panas baran dan berang tak tentu pasal
Anda sendiri akan merasa takut bila bersamanya kerana sebarang kesilapan atau tersalah cakap, takut tiba-tiba si dia melenting pula
Mengharapkan hubungan bahagia tapi kalau anda sentiasa ketakutan bila bersamanya seperti berada di dalam “zon bahaya”, mana ada peluang nak bahagia
Cemburu Buta
Tahulah dia sayangkan anda, tapi takkanlah anda cakap sikit dengan orang lain pun dia fikir yang bukan-bukan
Satu ketika itu, jikalau “ringtones” “iphone” anda berbunyi mulalah dia sibuk bertanya, selidik
Kalau boleh apa yang anda buat, mana anda pergi semua mesti kena laporkan kepada dia, kalau tidak habislah anda dituduh curang dengan lelaki lainlah..tak keruan dibuatnya
“Untuk Mengetahui Apakah Insan Yang Kamu Sayangi Itu Adalah Yang Terbaik Atau Tidak, Lihatlah Ketika Bersamanya…Kamu Pasti Menemui Jawapannya”
Tunjuk Kasih Sayang Guna Material
Sangat seronok kalau seringkali dapat hadiah dari si dia. Bermacam-macam, asal jumpa saja bagi hadiah kasutlah,beg tanganlah,rantai leherlah dan sebagainya
Bila anda tanya katanya tanda cintanya pada anda. Cinta memang cinta, tapi bukti cinta itu ada pada material ker?
Ingat, memang seronok dapat hadiah tapi kesan jangka panjang pada perhubungan pun kena fikir..
Suka Merendah-Rendahkan Anda
Kalau melakukan sesuatu mesti kena sesuai dengan kemahuan atau kriteria yang dia suka
Kalau tidak, maka mula dia mengkritik, merendah-rendahkan tanpa memikirkan perasaan anda
Sebagai contoh kalau anda berpakaian yang tak disukai atau mengikut citarasanya, mulalah dia mengkritik kononnya tidak cantiklah, tidak “update “lah  dan macam-macam lagi
Takkan jenis ini nak buat sebagai pasangan hidup kan? sepatutnya menghormati bukan merendah-rendahkan anda
Kalaulah anda menjumpai jenis lelaki macam yang disenaraikan “test” dia dengan cara suruh membuat pilihan..“Sayang anda atau sayang ibu dia” suruh dia pilih salah seorang sahaja
Kalau dia cakap sayang anda bukan ibunya. Maka berhati-hatilah… sedangkan ibu yang melahirkan dia pun boleh diketepikan apatah lagi anda. Renung-renungkanlah


Sumber: My Sumber
 

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...