Searching...

Get This

Tuesday, February 4, 2014
4:20 PM 2

(VEDIO): Penjara 12 Tahun Akibat Merogol 'Isterinya' Berusia 12 Tahun

Kota Kinabalu: Linangan air mata mengakhiri episod bekas pengurus restoran yang akhirnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol ‘isterinya’ yang berusia 12 tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh Riduan Masmud, 41, yang hadir dengan memakai kemeja-T dan seluar jean gelap dilihat menitiskan air mata di kandang tertuduh selepas Hakim Ummu Khaltom Abd Samad menilai segala hujahan bertulis pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum menjatuhkan hukuman.
Dalam penghakimannya, Ummu Khaltom berkata, hukuman dijatuhkan itu sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan alasan perkahwinan untuk melepaskan diri selepas melakukan kesalahan rogol.

“Tertuduh sebagai individu dewasa boleh berfikiran waras dan matang sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap mangsa yang juga kanak-kanak dengan usia 12 tahun enam bulan.
Foto
RIDUAN memeluk anak dan isterinya selepas dijatuhkan hukuman penjara, semalam.

“Malah, perbuatan tertuduh meninggalkan kesan terhadap mangsa dari segi tekanan perasaan dan emosi,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Sumber: Hmetro

2 comments:

  1. Romen dgn isteri pun kira rogol ke? Undang2 mana nie? Tak logik lahh suami rogol isteri dia. Tak kira lah umur dia brape. Kan dah sah suami isteri. Haprak betul lah undang2 nie.. kalau tak boleh buat apa2 dgn isteri knape tak letak syarat kawin usia prempuan kalau nak berumahtangga. Benggong betol lahh..

    ReplyDelete
  2. Kenapa lah perempuan tu nak kawin jugak kalau tak nak disentuh suami dia. Agak cuma nak bolot harta suami dia je kot.. tak de istilah suami rogol isteri weii perempuan. Yg ko pi gatal kawin tu knape? Yg mahkamah nie pun 1 gak boleh bagi hukuman pulak.. nie mesti tak de kes nie and tak de job sebab tu lah pi layan kes merapu nie..

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...