Searching...

Get This

Wednesday, February 12, 2014
8:30 PM 0

Tom Nekad Buat Kemunculan Semula

Tom Nekad Buat Kemunculan Semula

MUNGKIN ada yang mengerutkan dahi jika mendengar nama Raja Farah Afzal Raja Ikram.
Tetapi, kalau disebut Tom MyStarz LG, pasti anda ingat kontroversi yang pernah melanda penyanyi ini yang pernah dipukul di hadapan wartawan hiburan beberapa tahun lalu.
Lantaran peristiwa itu, Tom mula menyepi dari dunia seni sekaligus tidak lagi muncul di kaca TV.
Tahun ini, dia bertekad untuk membuat kemunculan semula dalam industri hiburan.
“Saya tetap menyanyi kerana ia adalah minat saya sejak dari kecil. Lagipun saya percaya kemunculan semula ini diterima ramai.
“Dari situlah, peminat mencadangkan supaya saya kembali menyanyi kerana tidak mahu saya membazir bakat yang ada. Mereka pernah memberitahu saya untuk lupakan perkara lepas dan mulakan hidup baharu.
“Perkara yang lalu dijadikan sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati nanti,” ujarnya memetik Sinar Harian.
Baguslah jika Tom berniat begitu. Rugi rasanya jika bakat yang ada tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.
Kami yakin dengan imej dan genre yang dibawanya, Tom mampu meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi popular yang lain suatu hari nanti.
Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...