Searching...

Get This

Sunday, February 9, 2014
8:50 AM 0

AWAS!! Sindiket Pelacuran Guna Laman Sosial


      Laman sosial popular, Facebook bukan sekadar menjadi kegemaran sesetengah penggunanya untuk berkomunikasi secara canggih tetapi disalahguna oleh individu tidak bertanggungjawab.

       Terbaru dapat dikesan, Facebook digunakan untuk membuat tempahan pelacur. Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent 012959****, antara alamat dalam laman itu yang dikenalpasti sebagai medium untuk melanggan gadis negara luar antaranya dari China, Thailand dan Indonesia.


serbuan pihak polis ke pusat pelacuran

   Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut ditanda ‘like’ oleh seramai 2,080 individu.

      Perkhidmatan ditawarkan hanya di sekitar Lembah Klang seperti entri terbaru pemiliknya iaitu 3C Agent, kira-kira jam 5.15 petang; “Sila ambil Perhatian . Customer . Service 3C hanya Di KUALA LUMPUR . Negeri Lain Tak Ada . Jangan Telephone Tanya Lagi. Memang Tak Ada di Negeri Lain. Tolong Berkerjasama.”

     Hanya dengan tiga cara mudah, pelanggan perlu mencari hotel, menghubungi 3C Agent di talian tertera, memaklumkan jenis gadis dan membuat pembayaran sebelum perkhidmatan seks dilakukan.



Gambar Berpakaian seksi untuk menarik perhatian pelanggan 

Bagaimanapun, ketika Sinar Harian cuba menggunakan talian itu, didapati ia gagal dihubungi.

     3C Agent melalui komen balas di laman tersebut berkata; “Customer Terlalu Ramai ini Bulan . Kadang kala tak sempat Angkat telepon Customer. sila memahami. Minta Maaf . SMS boleh diterima.”

      Laman tersebut juga memaparkan harga ditawarkan bagi setiap gadis yang dilanggan iaitu dari RM 180 hingga RM700 mengikut jam selain gambar wanita dipercayai pelacur turut diletakkan untuk menarik minat pelanggan.




     Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari kewujudan laman terbabit di Facebook yang berkemungkinan berpangkalan di dalam mahupun luar negara.

   Katanya, PDRM sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan kegiatan tersebut tidak terus meluas.

    










Pelacur menggunakan nama samaran untuk mencari pelanggan di laman sosial


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...