Searching...

Get This

Sunday, February 2, 2014
11:26 PM 0

Samun: Tiga pekerja Myanmar ditetak


  • Samun: Tiga pekerja Myanmar ditetakKeadaan rumah kongsi berselerak selepas digeledah lapan lelaki dalam kejadian samun berdekatan Genting Sempah, kelmarin. - Foto Sinar Harian
BENTONG - Dua pekerja warga Myanmar parah manakala seorang lagi cedera ringan akibat ditetak dalam kejadian samun di rumah kongsi berhampiran Genting Sempah, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, siasatan awal mendapati sekumpulan lapan lelaki memecahkan pintu dua rumah di kawasan terbabit.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 pagi hingga 5.30 pagi ketika kesemua mangsa sedang tidur.

“Berlaku pergelutan menyebabkan dua pekerja Myanmar parah manakala seorang lagi cedera ringan akibat ditetak dengan senjata dipercayai parang.

“Selepas menggeledah kedua-dua rumah, kumpulan lelaki terbabit melarikan diri,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, susulan itu, seorang mangsa bertindak memaklumkan kejadian kepada majikan mereka yang berusia 37 tahun.

Katanya, majikan bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Tinggi, dekat sini.

“Kedua-dua mangsa yang parah dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Mangsa kerugian wang tunai RM800 berserta barangan peribadi lain yang masih belum dipastikan,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat beg pakaian mangsa ditemui 400 meter dari rumah kongsi dan siasatan berhubung kejadian masih diteruskan.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...