Searching...

Get This

Thursday, February 13, 2014
9:02 PM 0

Lelaki Kelar Isteri Hingga Kena 80 Jahitan Dipenjara 8 Tahun

Lelaki Kelar Isteri Hingga Kena 80 Jahitan Dipenjara 8 Tahun
SEREMBAN – Seorang suami yang bertindak kejam mengelar isterinya, 30 November tahun lalu dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, semalam.
Tertuduh, Mas Nurazslan Abdoll Mulop, 30, yang memakai pakaian lokap warna merah berada dalam keadaan tenang menerima keputusan tersebut yang dibacakan oleh Hakim Datin Anita Harun.
“Setelah meneliti segala dokumen, fakta kes, laporan perubatan dan mengambil kira pengakuan tertuduh terhadap perbuatannya, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun berserta tiga kali sebatan, bagaimanapun hukuman denda tidak dikenakan terhadap tertuduh,” katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya, Nor Haffazalina Mohd, 30, dengan menggunakan pisau kira-kira jam 7 malam di Blok A Ampangan, Seremban, pada 30 November tahun lalu.
Kelar
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farid Mohd Mokhtar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat selepas isterinya dilaporkan meminta cerai.
Mangsa, Nor Haffazalina yang ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan menerima 80 jahitan.
Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara.
Nor Haffazalina kini dilaporkan berada dalam keadaan trauma serta tertekan untuk berhadapan dengan masyarakat berikutan luka yang dialaminya itu merupakan cacat kekal. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...