Semalam tatkala memandu di jalan berhampiran Persiaran Surian, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya terlihat kelibat wanita di bawah.
Ketika itu lampur isyarat berwarna merah, semua kenderaan berhenti. Pantas saya mengeluarkan kamera digital dari dalam beg dan merakamkan gambarnya.
Wanita warga asing terbabit menjual tisu kepada pemandu kenderaan tetapi tiada antara mereka membukan tingkap untuk membeli. Selain tisu, tangan kirinya juga memegang sekeping gambar kanak-kanak cacat.
Gambar wanita di atas pernah saya rekodkan pada 1 Mac 2012 tatkala dia mengemis di lokasi serupa. Maksudnya, dia telah melakukan kegiatan itu sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63 hampir 2 tahun.
Terbukti, betapa lemahnya penguatkuasaan undang-undang di negara kita. Pihak polis tidak ambil pusing walhal Balai Polis Kota Damanara terletak kurang 1 kilometer dari jalan itu. Manakal penguat kuasa Jabatan Imigresen, tidak pernah menjenguk apatah lagi memeriksa identiti wanita terbabit.
Tidak salah menjadi insan pemurah tetapi usah membiarkan undang-undang negara dilacurkan di hadapan mata.
Mari kita teliti gambar dipegang dek wanita itu.
(Gambar dirakamkan pada 16 Januari 2014)
(Gambar dirakamkan pada 1 Mac 2012)
Dia mempamerkan gambar kanak-kanak sama, bertujuan meraih simpati pengguna jalanraya.
Selain daripada wanita di atas, wanita warga asing lain juga acapkali menjadikan jalan utama itu sebagai medah untuk meraih rezeki secara mudah.
Berikut 2 lagi gambar rakan senegaranya, saya rakamkan pada 9 Mei tahun lalu di lokasi sama.
Mereka bukan sahaja berperawakan hampir sama, beg dijinjing juga serupa cuma berbeza warna. Tindakan mereka tidak ubah, melarikan diri sebaik menyedari kegiatan mereka dirakamkan lensa kamera.
Saya berharap, selepas operasi besar-besaran diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri bermula pada 21 Januari ini berakhir, mereka tidak lagi akan mengemis di situ. Jika pengemis tempatan meraih simpati di premis menjual makanan, pengemis warga asing tampil berani menjadi pelopor kepada kaedah pengemisan di jalanaraya. Sama keadaannya seperti di Indonesia.
Saya percaya, selain di Kota Damansara, mereka juga menadah tangan di pelbagai lokasi lain dan mungkin pernah dilihat oleh pembaca blog ini.
sumber: blogger mazidul
0 comments:
Post a Comment