Searching...

Get This

Thursday, January 30, 2014
9:37 PM 0

SEBARKAN!! Anak Hilang, Bapa Rayu Pulang


  • Bapa rayu anak pulangChee Song menunjukkan wajah anak lelakinya. - Foto
JOHOR BAHRU - Seorang bapa merayu anak lelakinya supaya segera pulang ke pangkuan keluarga selepas menghilangkan diri sejak hampir setengah tahun yang lalu.

Kontraktor, Loh Chee Song, 44, berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi menjejaki anaknya termasuk meminta bantuan daripada rakan-rakan dan keluarga di serata negeri ini.

Menurutnya, bagaimanapun usahanya sehingga hari ini masih menemui jalan buntu dan anaknya, Loh Kai Wen, 16, terus gagal dikesan.

“Saya mengesyaki anak saya telah menghilangkan diri kerana sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah lebih-lebih lagi apabila saya mendapat berita dia tidak menghadiri sekolah selama dua tahun bermula 2012.

“Saya berharap dia pulang ke pangkuan keluarga pada perayaan Tahun Baru Cina ini dan melawat ibunya yang kini sedang sakit tenat,” katanya ketika membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Chee Song berkata, dia menyedari kehilangan anaknya bersama semua dokumen peribadi dan pakaian ketika hendak mengejutkan Kai Wen dari tidur jam 4 pagi, 16 Mei tahun lalu.

Katanya, laporan berhubung kehilangan anaknya juga sudah dibuat di Balai Polis Johor Bahru Sentral pada 3 Jun tahun lalu pada jam 10.17 malam.

Beliau berkata, anak-anaknya yang lain iaitu Loh Kai Suan, 21, dan Loh Kai Ling, 14, pernah cuba menghubungi Kai Wen, tetapi tidak memberi respons malah turut dipercayai menukar nombor telefon bimbitnya.

“Saya juga pernah bertanyakan perkara ini kepada rakan Kai Wen, namun mereka juga tidak tahu ke mana anak saya menghilangkan diri.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anaknya, boleh menghubunginya di talian 013-7998999,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...