Searching...

Get This

Tuesday, December 24, 2013
8:43 AM 0

Terhempas di Pulau Perak

Alor Setar: Masalah teknikal dipercayai menjadi punca helikopter Nuri kendalian Skuadron 3 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di Pulau Perak dekat Pulau Langkawi, dekat sini, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.25 pagi menyebabkan empat daripada enam kru dan penumpang yang menaiki helikopter Sikorsky terbabit mengalami kecederaan termasuk seorang dikatakan patah tangan. 
Difahamkan, helikopter yang dikendalikan Skuadron 3 TUDM berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang dalam perjalanan menghantar logistik kepada anggota tentera yang bertugas di pulau berkenaan. 

Sumber berkata, juruterbang berpangkat kapten yang mengendalikan helikopter itu dipercayai terpaksa membuat pendaratan cemas selepas berlaku keadaan angin kuat menyebabkan pesawat terbabit hilang kawalan lalu terhempas di kawasan berbatu di pulau berkenaan.
Foto
HELIKOPTER Nuri yang terhempas dipercayai mengalami masalah teknikal.

Katanya, akibat itu, empat penumpang termasuk kru pesawat mengalami kecederaan dengan seorang anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) patah tangan manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...