Mohd Nor (kanan) dan Mohd Nor Fahmi (kiri) dan dua lagi rakan mereka memegang ikan gergasi ditemui di Pantai Sekendi.
Ikan pari seberat lebih 120 kilogram itu ditemuinya kira-kira jam 11 tengah hari ketika dia bersama dengan seorang abangnya dan dua lagi rakannya itu turun ke pantai untuk memukat ikan.
Mohd Nor berkata, ketika ingin memukat, dia terkejut apabila menemui objek pelik dan kemudiannya terus menjerit ke arah abangnya, Mohd Nor Fahmi, 17, yang ketika itu berada tidak jauh dari kawasan terbabit.
“Tanpa fikir panjang, saya terus menjerit ke arahnya (Mohd Nor Fahmi) kerana takut disengat ikan itu yang tiba-tiba menggelupur dengan kocakan air yang kuat seolah-olah terkejut dengan kehadiran saya di situ,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Nor berkata, ikan pari selebar kira-kira lima meter dan panjang tiga meter itu memiliki warna seperti harimau bintang.
“Tak pernah saya lihat pari sebesar ini dan ini merupakan pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana dapat membawanya naik ke darat bersama abang dan dua lagi rakan,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Nor Fahmi pula menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku, sebaliknya berandaian ikan gergasi itu dipercayai menghanyutkan diri ke pantai bila hendak mati.
“Mungkin semua ini hanya satu kebetulan sahaja dan tidak mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak baik, tetapi kita harap pihak berwajib membuat kajian mengenai penemuan spesies ikan tersebut,” katanya.
Menurutnya, bangkai ikan itu kemudiannya dibawa menaiki gerabak motosikal di sebuah rumah saudaranya di Sekendi Sabak Bernam.
“Kami letakkannya di situ supaya orang ramai boleh menyaksikan sendiri keunikan ikan itu,” katanya.
0 comments:
Post a Comment