Searching...

Get This

Sunday, December 29, 2013
6:47 AM 0

Hilang Nyawa Dalam Tali Air

Kangar: Tindakan tergesa-gesa seorang kakitangan syarikat kawalan keselamatan meninggalkan majlis kenduri kahwin berakhir dengan tragedi apabila ditemui lemas di dalam tali air di Kampung Telaga Nyior Manis, Ujan Aji, di sini, semalam.
Mangsa Zulkifli Abd Aziz, 24, yang menunggang motosikal Honda Wave milik rakannya dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi sebelum mayatnya ditemui kira-kira dua jam kemudian di dalam tali air berkenaan.
Sebelum kejadian, bapa kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu bertungkus-lumus membantu kerja kenduri di rumah bapa saudara kepada isterinya, Nor Akma Izatie Rasyid, 23, yang terletak di kampung sama sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, mangsa meninggalkan rumah kenduri itu selepas mendapat panggilan telefon sebelum meminjam motosikal kepunyaan seorang rakannya di situ.
Foto
NOR Akma (duduk kiri) ditenangkan orang ramai di sisi jenazah Zulkifli.

Rakan sekerja mangsa Nizam Abd Rahman, 24, yang ditemui di tempat kejadian, berkata dia ada menghubungi arwah kira-kira jam 10 pagi dan berjanji untuk pergi ke rumah kenduri itu bersama-sama pada waktu tengah hari.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...