Sichuan – Badan dipenuhi lebam manakala matanya berair kerana menangis.
Budak berusia lapan tahun ini juga telah dibogelkan dan diikat di sebatang pokok dalam keadaan cuaca sejuk membeku.
Kesalahan yang dilakukannya adalah ponteng kelas.
Budak tersebut turut dipukul oleh bapanya yang marah dengan anaknya itu selepas dia gagal hadir di sekolah, meskipun lelaki itu telah memberikan wang sebanyak £10.
Menurut individu yang merakamkan gambar berkenaan, Lin Gang, cuaca ketika itu hanya 5C ketika budak kecil itu diikat di pokok dan dipukul oleh bapanya.
“Budak itu tidak pulang ke rumah menyebabkan bapanya mencari dia di keliling bandar. Selepas menemui budak tersebut di sebuah pasaraya, dia terus mengikat anaknya di situ dan memukulnya,’’ kata Lin Gang.
Lin Gang berkata, bapa budak itu memberitahunya bahawa anaknya telah ponteng kelas selama beberapa hari tanpa pengetahuannya.
Selepas orang ramai masuk campur, lelaki itu kemudiannya membuka ikatan anaknya itu dan membawanya pergi.
Menurut penduduk di situ, hukuman seumpama itu sering digunakan oleh ibu bapa ke atas anak mereka.
Ia merupakan cara mudah untuk mengajar anak-anak dan dalam masa sama kanak-kanak yang mengalaminya akan sedar kesilapan yang mereka lakukan.
Berdasarkan kajian Global Initiative to End Corporal Punishment yang dijalankan pada 2010, hampir tiga daripada lima budak lelaki di China telah mengalami hukuman keras berkenaan
0 comments:
Post a Comment