Searching...

Get This

Monday, November 18, 2013
1:21 PM 0

Sani muncul juara AF2013

Kuala Lumpur: Sengit dan sukar diramal, Mohd Faizul Sani atau Sani, 28, muncul juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang berlangsung di Stadium Negara, di sini, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, bintang kelahiran Sabah itu yang menyanyikan dua lagu iaitu Sepasang Sayap dan Hanyut membawa pulang wang RM100,000, kontrak rakaman RM100,000 dan trofi.

Meskipun awalnya duo dianggotai Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, terkeluar pada minggu kesembilan, sebaik undian AFMASUK dibuka, bintang berkenaan unggul mendahului carta dengan 91 peratus dan kembali bertanding.
Sekali gus, duo yang sentiasa konsisten di carta teratas dan menyanyikan single terbaru Hentian Terakhir dan lagu tugasan Penglipur Lara memenangi wang tunai RM30,000 serta trofi.

Manakala, Nadia Amira Othman pula dinobatkan di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

Sementara itu, tiga finalis lain yang turut bertanding adalah Nur Nabila Mohd Razali yang menyanyikan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Katakan Saja, Nur Aishah Aziz (Aishah - Lebih Indah/Mimpi) dan Siti Ruhailah Hussein (Indah - Jagalah Diri/Percayalah).
Dihadiri kira-kira 3,000 penonton, konsert akhir berkenaan diacarakan pelakon dan pelawak Zizan Razak dan menampilkan Roslan Aziz, Sharifah Amani dan Edry Abdul Halim selaku pengkritik tetap.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...