Searching...

Get This

Wednesday, November 6, 2013
1:20 PM 0

Gunung berapi Sinabung meletus

  • Gunung berapi Sinabung meletusSebahagian daripada penduduk di sekitar kawasan gunung berapi Sinabung dipindahkan ke penempatan sementara di Sumetera Utara. Gambar kecil: Gunung Sinabung mengeluarkan asap dan debu panas.

    •  1 / 1 
      JAKARTA - INDONESIA. Lebih 1,000 penduduk bertindak meninggalkan kediaman masing-masing selepas gunung berapi Sinabung meletus kali kedua.

      Jurucakap agensi bencana nasional Sutopo Purwo Nugroho berkata, gunung berapi terletak di barat Indonesia itu memuntahkan lahar dan debu panas setinggi 7,000 meter ke udara, petang semalam.

      “Polis dan tentera mula memindahkan penduduk kampung yang terletak 3 kilometer dari lokasi kejadian.

      "Empat kampung di Sumatera Utara digazet sebagai zon bahaya,” katanya.

      Menurut saksi, keadaan menjadi huru-hara selepas berlaku letupan pertama tercetus.

      “Kami terdengar bunyi seperti guruh sebelum merasai debu panas berterbangan. Ketika itu penduduk kampung lari bertempiaran  menyelamatkan diri kerana khuatir kediaman terbakar,” katanya.

      Letupan ini merupakan kejadian kali kedua dalam tahun ini selepas bulan lalu dengan lebih 3,300 penduduk diarah berpindah.

      September lalu, lebih 15,000 penduduk terpaksa melarikan diri apabila Gunung Sinabung yang dikatakan tidak aktif itu tiba-tiba meletus.

      Terdahulu, dalam laporan dipetik dari Jakarta Post, unit bencana menyatakan gunung terbabit merupakan gunung berapi tidak aktif selepas empat abad ia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk meletus.

      Bagaimanapun, gunung itu kini disenaraikan sebagai 120 gunung berapi aktif di Indonesia, selepas dikatakan terdedah kepada perubahan seismos kerana lokasinya terletak di lingkaran gunung berapi Pasifik.

      sumber: Sinar harian

      0 comments:

      Post a Comment

      ShareThis

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...