Searching...

Get This

Thursday, November 14, 2013
11:29 AM 0

9.15% calon UPSR dapat semua A

PUTRAJAYA: Seramai 42,646 calon mendapat Gred A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, berbanding 45,054 calon tahun lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, peratus calon yang mendapat pencapaian cemerlang iaitu semua A untuk semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.21 peratus iaitu daripada 8.94 pada tahun lalu kepada 9.15 peratus tahun ini. 
Katanya, secara keseluruhan pencapaian calon di bandar dan di luar bandar pada tahun ini menunjukkan peningkatan prestasi yang sama dengan perbezaan gred purata sebanyak 0.04 mata. 

"Bagi Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan, prestasi keseluruhan pada tahun ini menurun sebanyak 0.06 mata berbanding tahun lalu, manakala prestasi keseluruhan Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan meningkat sebanyak 0.12 mata.

"Prestasi mata pelajaran Matematik tahun ini juga menurun sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lalu.

"Begitu juga dengan mata pelajaran Sains yang menurun sebanyak 0.02 mata berbanding tahun lalu," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan UPSR di Kementerian Pelajaran di sini, sebentar tadi. 

Seramai 478,848 calon mendaftar UPSR pada tahun ini berbanding 517,139 calon pada tahun lalu. 
Kota Kinabalu: Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip mengumumkan seramai 1,197 calon negeri ini berjaya mencatat pencapaian penguasaan peringkat A bagi semua subjek dalam UPSR tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...