Searching...

Get This

Thursday, November 14, 2013
2:15 PM 0

10 Reka Bentuk Aquarium Paling Unik dan Aneh di Dunia

Seperti yang kita ketahui akuarium merupakan sebuah tempat peliharaan ikan  yang umumnya ditempatkan di sebuah tempat dengan sisi yangboleh di lihat dan diperbuat dari gelas atau plastik berkekuatan tinggi , di dalamnya hidupan dan tumbuhan air dan biasanya ikan.Namun dapat juga ditemukan invertebrata, amfibia, mamalia laut dan reptilia dipaparkan, dan digunakan untuk tontonan awam. Nah, berikut ini adalah 10  reka bentuk Akuarium yang paling Unik dan Aneh di Dunia. 
1. Aquarium wastafel



Aquarium unik ini dibuat agar kegiatan membosankan anak-anak mencuci tangan atau para ibu mencuci pinggan menjadi lebih bersemangat.2. Aquarium terkecil di dunia


 


Ini adalah aquarium terkecil di dunia yang hanya mengandungi dua sudu teh air. Saiz aquarium ini panjang 3 sentimeter, lebar 2.4 sentimeter dan tinggi 1.4 sentimeter.
Bayangkan, bahkan jari anda tidak akan dapat masuk ketika ingin menangkap ikan yang ada di dalamnya.3. Aquarium Kasut Nike


 

W + K Tokyo lab membuat aquarium dari pertindihan kasut Nike jenis klasik lengkap dengan 3 ekor ikan emas dan pokok palsu.
Pembuatan aquarium ini untuk persembahan acara 78 Nike.4. Aquarium lantai tarian


 

Ada banyak bar di dunia yang dibina disekitar aquarium, tapi hanya bar di Austin, Texas yang bernama QUA Bottle Lounge bar yang membina aquarium itu dibawah lantainya yang diperbuat daripada kaca.
Ops, aquarium bawah lantai itu berisi penuh ikan yu pemakan daging.

5. Aquarium meja kerja


 

Jika anda biasanya menonton aquarium sambil berdiri, mungkin disini berbeza, sambil duduk disaat kerja.
Tentunya ikan-ikan yang indah akan mengurangkan sedikit tekanan fikiran pekerjaan anda.6. Aquarium iMac


 

Aquarium ini diciptakan untuk peminat Apple di seluruh dunia.
Adapun bahan yang digunakan untuk membuat Aquarium iMac ini iaitu dari kitar semula komputer Apple iMac yang sudah tidak terpakai.

7. Aquarium Labyrinth


 

Didalam aquarium ini anda dapat melihat ikan berenang berpindah - pindah dari satu tempat ke tempat lain.
Sungguh menarik reka bentuk aquarium yang elegan dan sempurna, sesuai dengan harganya yang tidak murah, iaitu $ 6500 .8. Aquarium paip kaca


 


Hanya penggemar ikan sajalah yang mahu membuat aquarium semacam ini.
Bagaimana tidak, mereka rela bersusah payah membuat aquarium yang dapat melingkari seluruh bilik rumahnya hanya agar dapat melihat ikan berenang ketika sedang duduk berehat.9. Aquarium tempat tidur


 


Aquarium dan tempat tidur menjadi satu.Mengandungi lebih dari 650 galon air, cukup membuat anda merasa seperti di dalam lautan ketika  tidur.10. Aquarium beku


 

Aquarium ini terletak di pelabuhan Kesennuma, Jepun. Sungguh pun idea yang gila, untuk menarik pelancong mereka membekukan ikan, ketam, sotong dan spesies lain yang masih hidup ke dalam bongkah ais batu.
Kira-kira 450 spesies laut dimasukkan kedalam 50 bongkah ais dan dibekukan dalam suhu minus 20 darjah celcius.Nah, itulah beberapa aquarium unik dan aneh yang pernah diciptakan, apakah kamu tertarik untuk menirunya?

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...