Searching...

Get This

Wednesday, October 16, 2013
11:08 PM 0

Tiga beranak maut MPV bertembung lori

BENTONG: Tiga beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tangki minyak masak di Kilometer 49 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak menghala ke Bentong, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, mangsa Jiman Raup, 32, dan isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, 29, bersama anak perempuan Nurul Damia Jiman, 2, dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidiladha di kampung halaman di Kuala Terengganu.
Ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu lori tangki dikenali Abd Rahman, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, mangsa lelaki berasal dari Labuan, Sabah dan isterinya dari Terengganu adalah anggota tentera yang bertugas di Markas Tentera Kuala Lumpur.
Foto
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa.



Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital bentong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...