Searching...

Get This

Thursday, October 17, 2013
7:02 PM 0

Leher ditembus peluru


Post Pic


Foto

IPOH: Kanak-kanak berusia 10 tahun yang parah ditembak di leher berkata dia menyangka bunyi yang terlepas daripada pistol seorang anggota polis adalah letupan mercun.
 
Mohd. Amar Mohd. Azizi berkata, ketika kejadian pukul 4.30 petang semalam, dia sedang bermain bersama beberapa rakan di atas jalan tar mini kira-kira 40 meter dari lokasi sarjan itu sedang mengosongkan peluru.
 
"Kami nampak percikan api dan bunyi letupan kuat. Selepas itu, saya berasa hidung saya panas dan berdarah.
 
"Pada mulanya, saya sangka ia bunyi mercun," cerita mangsa ketika ditemui oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB).
 
Semalam seorang anggota polis dipercayai sedang mengosongkan senjata di hadapan rumahnya secara tiba-tiba terlepas satu das tembakan lalu terkena mangsa. 
 
Timbalan Ketua Polis Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kow mengesahkan kejadian.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...