Searching...

Get This

Friday, November 1, 2013
6:25 AM 0

Bilik tidur atas siling

Gelang Patah: Tiga wanita warga Vietnam sanggup tidur di ruang kosong di atas siling rumah disewa mereka sejak beberapa bulan lalu kerana bimbang ditahan Jabatan Imigresen yang memperhebatkan usaha menggempur pendatang asing tanpa izin.
Ketiga-tiganya ditahan pada serbuan Jabatan Imigresen Johor di sebuah rumah di Kampung Baru Gelang Patah, di sini, pada jam 1 pagi semalam. 
Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, pihaknya mengesyaki ada sesuatu tidak kena selepas terdengar bunyi mencurigakan dari atas siling rumah berkenaan. 

“Kami bertambah curiga apabila melihat kerusi plastik diletakkan di atas peti sejuk dipercayai digunakan untuk memanjat ke atas siling.
Foto

“Pemeriksaan kemudiannya menemui tiga wanita terbabit sedang menyorok di bawah selimut.
sumber: harian metro

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...