Searching...

Get This

Monday, September 9, 2013
5:39 PM 1

Guru belasah murid hingga mati jenayah serius: TPM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kes murid sekolah agama dibelasah guru sehingga mati adalah jenayah serius dan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.
  PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun sekolah agama itu di luar bidang kuasa Kementerian Pelajaran, perbuatan guru terbabit tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh soal keselamatan murid.
“Sebagai Menteri Pelajaran, saya memandang berat kes ini sama ada sekolah itu dalam sistem pendidikan atau di luar. Kes mendera sehingga maut pelajar kecil adalah satu tindakan jenayah dan pihak berkuasa perlu menyiasatnya.”Pihak sekolah perlu sedar apabila ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah, ia menjadi tanggungjawab guru dan sekolah untuk memberi perhatian mengenai keselamatan mereka,” katanya.
Beliau mengulas kejadian kes murid Tahun Satu sebuah sekolah agama persendirian di Perlis, Saiful Syazani Saiful Sapfidee, 7, yang meninggal dunia, kelmarin selepas tiga hari koma akibat dibelasah gurunya.
Mangsa yang juga anak yatim, menghembuskan nafas terakhir jam 8.30 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung akibat kejadian yang berlaku di bilik asrama sekolah agama itu, Khamis lalu.
Mangsa diikat kedua belah tangan sebelum ditambat di tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, kementerian akan meneliti cara terbaik untuk memenuhi kehendak sesetengah pihak yang mahu penggunaan Bahasa Inggeris diteruskan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik serta Sains.
 “ROBOTFB - Biar Robot yang jalankan kerja Promosi anda di Facebook!!
Di KUANTAN, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta polis melakukan siasatan menyeluruh seberapa segera berhubung kematian murid itu.
Di KANGAR, empat rakan sekelas Saiful Syazani, beberapa guru dan pengetua sekolah itu dipanggil polis untuk membantu siasatan, semalam.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya mengambil keterangan empat murid terbabit yang mendakwa wang mereka dicuri mangsa.
“Kita menunggu laporan bedah siasat. Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya mengesahkan polis akan memohon untuk menyambung reman 10 hari lagi terhadap yang juga guru dan warden sekolah agama itu yang berakhir hari ini.
Terdahulu, Pergerakan Wanita dan Puteri Umno Perlis yang diketuai Rela Ahmad dan Asmaiza Ahmad menziarah keluarga angkat mangsa, Mohd Zamri Shafie, 40 dan isterinya Hazirah Chin, 38, di rumah mereka di Jejawi Hutan Buluh, dekat sini.
Mohd Zamri berkata, beliau menjaga mangsa sejak berusia dua tahun selepas kematian ibu.
“Masih terngiang di telinga saya suara azan yang selalu dilaungkan arwah setiap kali tiba waktu solat. Suaranya yang lunak ketika melaungkan azan di surau sekolah didengari kami sekeluarga memandangkan rumah kami berhampiran sekolah,” katanya.
Beliau mengakui Saiful agak nakal tetapi guru sepatutnya ada pendekatan untuk mengawal, murid bukannya bertindak tanpa berperikemanusiaan.
Sumber:Bharian.com.my

1 comments:

  1. Hanya satu shj hukuman utk guru terbabit; TALI GANTUNG..!

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...