Searching...

Get This

Sunday, August 11, 2013
7:59 AM 0

Mayat lelaki, wanita putus kepala ditemui

Melaka Tengah: Mayat lelaki dan wanita dipercayai mangsa bunuh diri, ditemui di sebuah rumah usang di Kilometer 10 Jalan Bukit Lintang dekat sini, pagi semalam. 

Kedua-dua mayat berkeadaan putus kepala itu ditemui seorang pekerja ladang kelapa sawit kira-kira jam 11.30 pagi apabila terhidu bau busuk ketika melalui kawasan rumah berkenaan. 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan, berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kematian dipercayai pasangan kekasih warga asing itu. 


Tiada unsur jenayah 

“Kedua-duanya dipercayai menggantung diri manakala identiti mereka belum dikenal pasti. 

“Mayat berada dalam keadaan hampir reput dengan kepala terikat di tali manakala badan di lantai ketika ditemui di bilik belakang rumah terbabit. 

“Mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. 
Gunarajan berkata, mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mayatlelaki_wanitaputuskepaladitemui/Article/

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...