Searching...

Get This

Sunday, October 26, 2014
9:57 AM 0

Kematian Lelaki INi Cetus Kebimbangan Wanita


BERPULUH-PULUH wanita panik dengan kematian seorang lelaki di Bucharest, Romania apabila mengetahui lelaki terbabit meninggal dunia kerana dijangkiti virus HIV!

Menurut laporan mirror.co.uk, kira-kira 40 wanita menjalani ujian darah di sebuah bandar di daerah Dolj kerana pernah mengadakan hubungan dengan lelaki itu, yang merupakan seorang kasanova.

Dipercayai, Daniel Decu mengetahui status kesihatannya namun merahsiakan daripada orang lain, namun diketahui selepas dia mati apabila pihak hospital menjalankan bedah siasat.

daniel kasanova

Daniel Decu, kasanova yang mati kerana HIV dikatakan merahsiakan penyakitnya menyebabkan berpuluh-puluh teman wanitanya kini dilanda ketakutan.

Bekas-bekas teman wanita Daniel yang mengetahui hal ini menjadi berang dan menyerang tempat pengebumian.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mendakwa terpaksa mendedahkan perkara ini kepada umum, sebagai peringatan kepada wanita-wanita yang menjalinkan hubungan dengan Daniel sebelum ini.
Bagaimanapun, doktor mendakwa ibu Daniel kini ingin menyamannya kerana mendedahkan rahsia kesihatan anaknya.

Tempias turut dirasai oleh doktor peribadi keluarga Daniel, Dr. Corner Stanciu. Dia tahu tentang Daniel dijangkiti HIV dan berusaha untuk memulihkannya kerana anak gadisnya yang berusia 24 tahun turut menjalinkan hubungan dengan Daniel.

Aids adalah satu-satunya penyakit yang tertakluk di bawah undang-undang Romania. Jika sesiapa yang mengetahui mengidap penyakit itu dan didapati memindahkan virus kepada orang lain, boleh dipenjarakan antara lima hingga 15 tahun.

Undang-undang itu bagaimanapun tidak meminta pesakit memberitahu pasangannya tentang penyakit yang dihidapi, cukup sekadar mengamalkan seks yang selamat.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...