Ini lah seorang gadis cantik merogol 10 lelaki, Seorang gadis Rusia yang mengumpul filem ngeri dan labah-labah, Valeria K. dibicarakan di sebuah mahkamah di sini kerana memberi ubat tidur kepada 10 lelaki sebelum merogol mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak polis amat terkejut apabila mendapati wanita berusia 32 tahun itu telah merogol 10 lelaki kerana perwatakannya yang lemah lembut dan pendiam.Wanita itu turut diberi nama jolokan Black Widow kerana minatnya terhadap labah-labah.
Menurut pihak polis, wanita itu akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga mangsanya tertidur hampir 24 jam. Kemudian dia membuka pakaian dan merogol mangsanya dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali,bagi tegang. Semua mangsanya itu hanya sedar ketika dirawat di hospital akibat keracunan clonidine selain mengalami trauma kerana kemaluan mereka diikat. Namun, mereka dapat mengingati wajah seorang gadis cantik yang memberi minuman itu.
Polis berjaya mengenal pasti penjenayah tersebut dan menangkapnya selepas mangsa memberitahu rupa wanita itu.
Setakat ini, polis mengenal pasti 10 mangsa namun seorang daripada mereka enggan membuat laporan.
“Apa yang berlaku kepada diri saya adalah hebat. Saya suka wanita yang ganas. Saya cuma berharap dia tidak meracuni saya dengan clonidine,” kata lelaki yang enggan membuat laporan polis itu.
0 comments:
Post a Comment