Searching...

Get This

Friday, May 16, 2014
5:24 PM 0

Awas!! Akhirnya Terbongkar!! Bermula Dari Facebook

Dulu..boleh cari kawan berkenalan dari khidmat Cupid melalui SMS jer..kini lagi senang nak cari teman dengan kemunculan laman sosial especially Facebook yang memang popular di kalangan rakyat Malaysia...memang dah resam dunia..sesuatu benda itu pasti ada baik buruknya...begitu juga Facebook...kini dah jadi akar maksiat pulak bila disalahgunakan..

ALOR SETAR - Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.
Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya. Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja. 
Malah, dia bagaimanapun memberikan alasan terpaksa menginap di hotel bajet terbabit untuk menjimatkan wang, malah mendakwa baru sahaja memasuki bilik itu. Namun, teman lelakinya berusia 23 tahun bertindak menyembunyikan diri di bawah katil hotel berkenaan semasa serbuan sehingga memaksa penguatkuasa mengangkat katil itu. 
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, pasukan penguatkuasa Jaik turut menahan beberapa pasangan termasuk seorang kanak-kanak di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini. 

Ada juga orang yang jumpa jodoh baik melalui Facebook...tapi jangan terlalu harapkan Facebook untuk dapatkan jodoh..dah tu...buat maksiat pula...sanggup terbang jauh dari Sabah pulak tu...but no hal lah sekarang..bak kata Tony Fernandes..'now everyone can fly' 

 Sinarharian

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...