Searching...

Get This

Tuesday, April 22, 2014
9:27 AM 0

Jaga-Jaga! Pencuri Boleh Cabut Empat Tayar Tak Sampai 10 Minit

curi-tayar-kereta
PETALING JAYA: Kecurian tayar kereta dilihat semakin berleluasa. Pencuri mengalihkan perhatian mereka terhadap rim berkilat, cantik dan mahal yang bernilai beribu-ribu, dan dapat menjualnya di pasaran gelap dengan serta-merta.
Satu petang yang malang, Hudson Yong mengakhiri hari beliau seperti hari-hari yang lain. Dia memandu pulang ke rumah berkembar beliau di Subang Jaya , USJ 4, meletakkan kereta di tempat yang biasa di bawah pokok di tepi jalan (SUV isterinya berada di dalam) dan masuk ke rumah untuk berehat.
Walau bagaimanapun, perjalanan beliau pada pagi berikutnya tertangguh apabila dia melihat bahawa rim 18 inci dan tayar berprestasi tinggi beliau, bernilai RM5,000, telah tiada dan ditukar dengan batu-bata.
“Saya tidak percaya” kata Yong. “Hancur keseluruhan hari saya.”
Seorang lagi mangsa, adalah Muhamad Ghani yang meletakkan VW Polonya di luar rumah.
“Ia sangat menyakitkan hati,” katanya, apabila mendapati bahawa tayar dan rim VW beliau telah ditanggalkan, dan keretanya ditinggalkan bertenggek di atas bata di hadapan rumahnya.
“Mereka nekad melakukannya pada siang hari,” ujar Muhamad.
Berdasarkan rekod polis daerah Subang, terdapat banyak kes-kes dalam tempoh tiga bulan lalu, melibatkan penduduk bandar Subang Jaya yang kehilangan tayar kereta mereka pada tiap-tiap minggu.
Menurut laporan polis, walaupun rumah-rumah kedai pun tidak turut terkecuali.
Satu kes itu adalah sebuah Toyota Vios 2014 yang diletakkan bersebelahan sebuah restoran pizza, yang telah dicuri keempat-empat tayarnya.
Dalam sebuah laporan polis yang berasingan, seorang pelanggan mendakwa telah melihat sebuah trak tunda bersaiz sederhana dengan cermin gelap, mencabut tayar dari Vios itu ketika beliau sedang mengambil pizza.
Dalam laporan-laporan polis di Subang Jaya ini, rim dan tayar yang dicuri ini bernilai di antara RM500 dan RM5,000 dalam setiap kes. Lebih daripada separuh kes ini melibatkan tayar yang bernilai RM2,000.
Tidak satu pun daripada laporan ini menyebut adanya sebarang tangkapan telah dibuat, atau apa-apa barang yang telah dicuri dapat dipulangkan.
Hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa rim dan tayar ini jarang dapat ditemui semula tidak menghairankan Brandon Lee, yang berkhidmat dengan Car Tyres, Subang Jaya.
Sebagai seorang pakar tayar dan pernah mangsa, dia sedar bahawa motivasi melakukan jenayah sebegini adalah keuntungan mudah dan tidak ditangkap.
“Saya tinggal di kejiranan ini sudah lebih daripada satu dekad, dan jenayah sebegini berlaku sepanjang masa di sini. Banyak daripadanya langsung tidak dilaporkan,” katanya.
“Saya secara peribadi pernah mengalami kecurian tayar kira-kira enam bulan lalu, dan kes ini masih tidak dapat diselesaikan.”
Lee berkata tayar curi kebiasaannya dijual dengan segera kepada kedai rim dan tayar yang kecil, yang tidak mempedulikan dari mana datangnya rim yang ingin dijual itu.
Ia akan dijual kembali di pasaran, dan tayar terpakai boleh berakhir di kenderaan mereka telah dicuri asalnya.
“Dengan tenaga kerja yang mencukupi dan alat-alat yang betul, pencuri boleh membawa lari tayar anda dalam masa hanya beberapa minit,” katanya.
“Mereka akan keluar di siang hari apabila orang berada di tempat kerja mereka. Mereka boleh longgarkan kesemua empat tayar dalam masa kurang daripada 10 minit,” kata Lee.”Begitu cekap sekali mereka ini.”
Bagi memerangi kecurian, Lee mencadangkan pemilik kenderaan melabur dalam kunci tayar kereta dan alat penggera. Pemilik juga harus menanda tayar mereka secara unik bagi meningkatkan kemungkinan ianya dapat dikenal pasti di kedai rim tempatan.
Tayar pada hari ini boleh dijual dengan harga lebih daripada RM200 setiap satu. Kadar rim tempahan khas adalah pada minimum RM1,500 setiap satu. Dengan harga sebegini, ia menjadi sasaran yang mudah dan menarik.
“Jika mereka ada peralatan yang betul atau, mereka boleh menanggalkan tayar kereta ini dalam masa lima minit atau kurang,” kata seorang pegawai polis rondaan di Subang Jaya.
Itu mungkin tidak sepantas masa 15 saat yang diperlukan krew pit F1 untuk melakukannya, tetapi mereka masih dapat melakukannya dengan tersusun dan tepat.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...