Searching...

Get This

Friday, March 7, 2014
6:50 AM 0

EKSKLUSIF!!! (VIDEO):TERESA KOK DISALAM TELUR BUSUK!!!


     Lebih kurang jam 11:30 malam semalam,selepas teresa kok selesai memberikan ucapan,seorang lelaki Melayu telah mendatangi Teresa Kok dengan berpura-pura seperti hendak bersalam dengan YOWTAI itu.Tanpa diketahui oleh sesiapa pun,di dalam tangan lelaki tersebut, terdapat sebiji telur tembelang. Semasa dia bersalam dengan Teresa Kok,  telur tembelang tersebut telah dipecahkan.lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok tadi cuba melarikan diri.

Teresa Kok



    Lelaki yang tidak dikenali itu telah dikepung,dipukul dan dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak polis.  Manakala Teresa Kok yang pucat lesi,menggeletar ketakutan dan hilang suara,tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali tangan yang berbau telur tembelang.

    Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian telur busuk pecah di tangan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok ketika bersalam dengan seorang pengunjung semasa ceramah anjuran pakatan pembangkang di Taman Cermai di sini malam semalam.
   
   Lelaki berusia 25 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas polis mengambil keterangannya.

   Sebelum itu,amaran telah diberikan oleh sebuah NGO Islam yang mengancam akan mengadakan bantahan dan akan berhimpun di Padang Taman Cermai,Permatang Pauh bermula jam 9:00 malam bagi membantah ceramah Teresa Kok.Bagaimanapun,Teresa Kok yang cukup dikenali dengan kesombongan dan keangkuhan,enggan peduli dengan bantahan tersebut.Cuma malang buat lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok dan memecahkan telur tembelang di telapak tangan Teresa Kok.  Dia tidak memberikan sebarang kecederaan,sebaliknya dia pula yang telah dicederakan.

  Susulan itu, keadaan bertukar kecoh dan Kok segera dibawa keluar dari tempat ceramah dengan kawalan ketat Unit Amal Pas, manakala lelaki terbabit ditahan penyokong pakatan pembangkang sebelum diserah kepada polis.

APA KATA ANDA ???





SUMBER: SHARIAN

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...