Searching...

Get This

Saturday, March 8, 2014
5:08 PM 0

TERKINI!! OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT PESAWAT MAS MH370 KAWASAN LAUT CHINA SELATAN

kronologi perjalanan pesawat



sidang media MAS

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

KUL-BJS


Operasi mencari dan menyelamat terarah di kawasan Laut China Selatan



Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan operasi mencari dan menyelamat terarah di kawasan Laut China Selatan.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...