Skim MyHome: Perumahan Mampu Milik Swasta Bakal Dilancarkan
Pelbagai langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri dan banyak perancangan program telahpun dilakukan bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu
Terbaharu, kerajaan bakal melancarkan sebuah program perumahan iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome pada bulan April 2014
Objektif skim berkenaan adalah bertujuan bagi menggalakkan sektor swasta membina lebih rumah kos rendah dan sederhana
Disamping itu, Kerajaan turut menawarkan bantuan subsidi maksimum RM30,000 seunit untuk mereka membeli rumah terpilih pada harga kos rendah
Perlaksanaan Program Perumahan MyHome
- Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri
- Syarat yang akan dipertimbangkan adalah kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan merupakan rumah pertama
- Rumah ini juga tidak boleh jual dalam tempoh 10 tahun
- Skim ini dibawah sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Sebanyak 10,000 unit rumah MyHome akan ditawarkan kepada rakyat tahun ini dengan dana RM300 juta di bawah Bajet 2014
- Selain itu, kerajaan juga sedia mempertimbangkan untuk akan meningkatkan jumlah unit MyHome pada masa depan
Contoh Ringkasan Program MyHome
Sebagai contoh, kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000,
Justeru itu kalau pemaju dan pembeli berkenaan berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan
Ini adalah maklumat awal, sebarang butiran lanjut mengenai cara permohonan dan syarat kelayakan untuk pemaju dan pembeli, sama-sama kita nantikan selepas program ini dilancarkan
Informasi disiarkan pada 13.2.2014, Khamis
Sumber: My Sumber
0 comments:
Post a Comment