Searching...

Get This

Wednesday, December 11, 2013
8:10 AM 0

WAJARKAH JIKA PEMBUNUH PEGAWAI BANK DILEPASKAN DARIPADA TALI GANTUNG?

Saya tertarik dengan tindakan parti Gerakan cuba mengumpulkan 100,000 tanda tangan sebagai sokongan untum memansuhkan hukuman mati di Malaysia.

Disarankan hukuman mati digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup.


Menurut Presiden parti itu, Datuk Mah Siew Keong, kempen  mengumpulkan tanda tangan itu bakal berlangsung selama 3 bulan sebelum memorandum diserahkan kepada Peguam Negara dan Perdana Menteri.

Saya terfikir, andai setiap penjenayah disabitkan kesalahan membunuh oleh mahkamah, dihukum penjara seumur hidup, siapakah akan menanggung perbelanjaan harian tatkala mereka berada dalam kurungan sebelum maut menjemput mereka?

Parti Gerakan atau persatuan hak asasi manusia?

Bukan tetapi kerajaan Malaysia. 

 Mari kita teliti satu kes contoh.


Loade Ardina Rasila, 35 tahun, suspek menembak kejam kepala pegawai operasi bank di Subang Jaya, Selangor sehingga berkecai. Kerajaan negara asal Loade Ardina, Indonesia tentunya tidak menanggung perbelanjaan makan minum bekas pengawal keselamatan haram itu tatkala di penjara.

Sekiranya dia didapati bersalah membunuh, adakah dia wajar digantung sampai mati atau hanya dipenjara seumur hidup? Jika mengikut saranan pertubuhan hak asasi manusia dan parti Gerakan, dia bakal terlepas daripada tali gantung. Sekaligus kerajaan terpaksa menanggung biawak hidup.

Klik di sini.

Pendapatan kerajaan Malaysia, bukan turun bak hujan dari langit tetapi sebahagian wang diraih daripada rakyat melalui sistem percukaian.

Saya memohon pembaca mencatatkan pandangan, wajarkah hukuman mati untuk pembunuh dimansuhkan? 

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...