Searching...

Get This

Wednesday, December 11, 2013
8:08 AM 0

MAUT DI AWAL PAGI



Kira-kira jam 1.25 pagi tadi, berlaku satu kemalangan maut di Jalan Skudai berhampiran persisiran pantai Lido, Johor Bahru, Johor membabitkan dua kereta dan motosikal.

Kru Penyingkap Fakta, Mohd Farid Hamzah, paramedik, berkebetulan berada di lokasi kejadian pantas memeriksa nadi mangsa tercampak beberapa meter dari kedudukan motosikal ditunggang.



"Farid, macam mana?," teriak saya.

Dia menggelengkan kepala.

Sebuah kenderaan jenis Nisaan Grand Lavina dilaporkan melanggar motosikal ditunggang oleh mangsa,  Nor Rashidi Hassan, 53 tahun, berasal dari Persiaran Perling, Johor Bahru, Johor sebelum melanggar kereta Viva.

Kedua kenderaan terbabit diparkir di tepi jalan sebelum berlaku kemalangan.



Mujur pemandu dan penumpang Viva tidak mengalami kecederaan.



Kenderaan melanggar motosikal terbabit terbabas ke dalam semak di bahagian kiri jalan.


Beberapa anggota polis berada di lokasi kejadian bertindak secara efisyen mengawal aliran trafik dan orang ramai mula mengerumi lokasi kejadian terbabit.



Polis membawa pemandu Grand Livina ke balai berhampiran manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Melalui pemerhatian saya, molek jika orang ramai tidak berkumpul di tepi jalan Skudai pada waktu malam bersama ahli keluaraga dan rakan. Jika berlaku kemalangan, nyawa mereka juga berada dalam keadaan berbahaya.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...