Sebaik membaca berita berhubung tarif elektrik akan dinaikkan bermula Januari 2014, pantas saya merujuk MANIFESTO Barisan Nasional, BN, seperti dihebahkan sebelum Pilihan Raya Umum, PRU 13 berlangsung.
Pembaca, sila klik di sini.
Manifesto pertama dicatatkan, janji BN diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, MENANGANI KOS SARA HIDUP.
Setelah mandat diamanahkan oleh rakyat kepada BN untuk memerintah 5 tahun lagi, segala AKU JANJI diwar-warkan kepada rakyat, hanya tinggal SUKU JANJI.
Bagaimanakah kaedah kerajaan menangani kos sara hidup rakyat?
Pertama, kurangkan subsidi minyak petrol, kedua kurangkan subsidi gula dan kemudian mengizinkan Tenaga Nasional Berhad, TNB, menaikkan tarif elektrik bermula Januari 2014.
Ingin saya tegaskan, menegur tindakan kerajaan bukan kerana saya tidak suka kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib dan jemaah menteri. Saya menegur agar Datuk Seri Najib dan BN kelak tidak dibenci oleh rakyat sendiri.
Berikut antara gambar disebarkan di laman sosial berhubung Perdana Menteri dan aku janji BN.
Andai kata, dakwaan itu tidak benar, buktikan kepada rakyat secara logik.
Tahun lalu TNB meraih keuntungan RM684.9 juta sepanjang suku tahun ketiga. Tahun ini, keuntungan diperolehi berlipat ganda, RM1.7 billion dalam tempoh sama.
Saya difahamkan, kakitangan TNB bakal menerima bayaran bonus kira-kira 5 bulan atau lebih pada 18 Disember ini. Itu rezeki mereka berlandaskan prestasi diukur menggunakan KPI.
Sebagai Perdana Menteri, saya percaya Datuk Seri Najib mempunyai hak untuk bersuara agar keperluan rakyat didahulukan bukan membebankan pengguna di Malaysia ini. Bekalan elektrik, keperluan asas kerana rakyat Malaysia tidak bermastautin di dalam hutan belantara. Gajah, harimau dan tenuk tidak memerlukan bekalan elektrik. Haiwan terbabit juga bukan pengusaha kilang menggunakan bekalan elektrik mengikut kadar industri.
Jika tarif elektrik restoran dinaikkan, kebarangkalian harga makanan akan naik itu wujud. It is a chain reaction.
Sebelum PRU 13, Perdana Menteri dilihat melaung-laungkan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN di media cetak dan elektronik. Benar, pencapaian TNB amat mengagumkan semua tetapi malangnya rintihan rakyat ternyata DIKEMUDIANKAN. Tidak salah TNB meraih keuntungan besar tetapi janganlah menindas rakyat Malaysia.
Saya akui pihak pengurusan TNB memang hebat. Ketirisan berlaku lebih lapan tahun, namun masih mampu mengaut keuntungan sebegitu lumayan.
Selain daripada tarif elektrik dinaikkan, berita telah tersebar, kadar tol juga bakal meningkat. Berita dicatatkan di sini barangkali akan meredakan sedikit keresahan hati rakyat. Namun dikatakan kadar kenaikan tambang Monorel dan LRT, sedang dikaji. Semua itu kemudahan asas harian, kemudahan pengangkutan digunakan oleh rakyat. Dalam erti kata lain, jika tambang dinaikkan maka rakyat bakal memikul bebanan sara hidup berganda selepas PRU 13.
Setiap janji harus ditepati bukan dicapati. Nasib baik capati diuli menggunakan tangan, jika menggunakan mesin dipacu dek elektrik, harga makanan itu juga pasti akan naik.
Apabila saya bersuara, baca reaksi keyboard warrior di bawah.
Fidah Nizam, berhujahlah secara intelek. Ruangan komen disediakan di bawah entri ini. Senyuman awak suami isteri amat manis, 'semanis' kenyataan dicatatkan. Hemat saya, pihak pengurusan TNB mahupun Datuk Seri Najib sendiri tidak tergamak mengeluarkan kenyataan terbuka seperti itu.
Alang-alang meluahkan cercaan dan carutan, biarlah dikenali identiti penulis, barulah adil. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hasil nukilan dicatatkan di entri ini. Bukan melontarkan batu, sembunyikan tangan.
Kepada pasangan terbabit, jaga 3 anak itu semolek mungkin. Tanamkan sikap agar mereka bijak menghormati orang lebih berusia. Sanggah hujah dengan hujah, didik juga mereka supaya tidak memaki-hamun orang lain jika berlaku perbezaan pendapat. Orang tua kita tidak mendidik anak menjadi kurang ajar.

[ Klik di sini jika ingin melancong dan membeli-belah di Ho Chi Minh, VIETNAM ]
Alang-alang meluahkan cercaan dan carutan, biarlah dikenali identiti penulis, barulah adil. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hasil nukilan dicatatkan di entri ini. Bukan melontarkan batu, sembunyikan tangan.
Kepada pasangan terbabit, jaga 3 anak itu semolek mungkin. Tanamkan sikap agar mereka bijak menghormati orang lebih berusia. Sanggah hujah dengan hujah, didik juga mereka supaya tidak memaki-hamun orang lain jika berlaku perbezaan pendapat. Orang tua kita tidak mendidik anak menjadi kurang ajar.
Apapun, kepada kakitangan TNB, Shaharul Nizam, terima kasih.
Hairan, setelah mengeluarkan kenyataan kecaman melampau di atas, pasangan suami isteri itu telah menutup akaun facebook mereka.
Mengapa?
sumber: Blogger
0 comments:
Post a Comment