Searching...

Get This

Sunday, November 24, 2013
12:26 AM 0

Sembunyi dalam tayar

Sembunyi dalam tayar Pegawai Imigresen merakam gambar pendatang asing tanpa izin yang menyembunyikan diri dalam tayar ketika operasi di sekitar Sungai Petani. - Foto Danial Noordin
Enam wanita Thailand panjat siling elak ditahan penguat kuasa Imigresen

Sungai Petani: Enam wanita warga Thailand sanggup mempertaruhkan keselamatan diri dengan melarikan diri melalui bumbung bangunan dua tingkat semata-mata untuk mengelak ditahan penguat kuasa Imigresen di Taman Sejati Indah, Bakar Arang di sini, semalam. 

Enam wanita berusia antara 19 hingga 30 tahun yang memanjat siling kedai itu, melarikan diri ke kedai tayar bersebelahan sebelum berjaya dikesan bersembunyi di sebalik susunan tayar. 

Mereka adalah antara empat lelaki dan 13 wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di tiga lokasi sekitar bandar ini dalam operasi bermula jam 8 malam kelmarin. 



Beri perlindungan

Seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an turut ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana memberi perlindungan kepada warga asing.

Timbalan Pengarah Imigresen Kedah, Mustaffa Kamal Hanaffi, berkata anggotanya terpaksa memanjat bumbung kedai dua tingkat itu untuk mengesan wanita yang dipercayai masih bersembunyi dalam premis berkenaan.
Katanya, mereka mengambil masa hampir dua jam sebelum berjaya menemui wanita terbabit yang didapati bersembunyi dalam susunan tayar yang disimpan dalam stor kedai tayar itu.

Loloskan diri

Difahamkan, wanita terbabit meloloskan diri ketika serbuan menerusi laluan berpagar di atas bumbung yang dipercayai disediakan untuk mereka melarikan diri.
“Pemeriksaan lanjut mendapati semua wanita berkenaan melakukan kesalahan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas,” katanya.

Operasi selama tujuh jam bermula jam 8 malam kelmarin itu, disertai 27 anggota Imigresen termasuk dari Cawangan Sungai Petani yang membuat serbuan di tiga lokasi berasingan termasuk dua restoran makanan Thai.

Seramai 25 warga asing diperiksa membabitkan warga Thailand serta seorang rakyat tempatan berusia antara 19 hingga 40 tahun dan 17 daripadanya dikesan melanggar syarat pas mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...