Seorang pemegang Rekod buku Guiness kategori misai terpanjang mengambil keputusan memotong misainya selepas 32 tahun.
Ram Sing Chauhan, 58, dari Jaipur, wilayah Rajasthan, India nekad memotong misainya sepanjang 4.26 meter, baru-baru ini.
“Misai ini adalah milik peribadi paling berharga sejak tahun 70-an,” katanya.
Menurutnya, dia menghabiskan dua jam sehari mendandan rapi misainya yang mula disimpan sejak usia remaja.
“Di India budaya menyimpan misai adalah lambang kebanggaan dan rasa hormat,” katanya.
Beliau berkata, ‘rezeki’ misainya memberi peluang kepada beliau menjelajah ke Itali dan Jerman sebagai objek pameran.
“Apabila saya bangun pagi, perkara pertama saya lakukan adalah mengurut misai menggunakan minyak kelapa, zaitun atau minyak badam, itu adalah petua berkesan menjadikan misai saya lebat.
"Saya tidak menggunakan syampu atau sabun kerana ia boleh merosakkan,” katanya dipetik dari Dailymail.

0 comments:
Post a Comment