Searching...

Get This

Monday, November 25, 2013
6:16 AM 0

Lelaki di bilik hotel remaja mati mengejut ditahan

JOHOR BAHRU - Kematian mengejut seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di lobi sebuah hotel di Taman Sentosa di sini hari ini membawa kepada penahanan seorang lelaki yang dikehendaki polis. 

Timbalan Ketua Polis Dearah Johor Baharu (Selatan) Supt Abdul Samad Salleh berkata polis dimaklum tentang kematian Yong Chin Yee, dari Kulaijaya, oleh pekerja hotel pada 9.15 pagi.

Beliau berkata sejurus sebelum kejadian, Yong yang menginap di situ selama dua hari, turun ke lobi dan mengadu sakit dada kepada pekerja hotel.

"Dia tiba-tiba pengsan di kaunter dan pekerja hotel cuba memberi bantuan kecemasan tetapi apabila ambulans sampai, dia telahpun meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini.

Polis kemudian memeriksa bilik hotel yang dihuni mangsa dan menemui seorang lelaki berusia 24 tahun.

Abdul Samad berkata siasatan awal mendapati lelaki itu dikehendaki polis mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan ugutan jenayah dua tahun lepas namun dia tiada kaitan dengan kematian mangsa.

"Tiada kecederaan fizikal kelihatan pada badan remaja itu, dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya sambil menambah kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut buat masa ini, dan siasatan akan dibuat jika laporan bedah siasat menunjukkan terdapat unsur jenayah. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...