Searching...

Get This

Thursday, November 28, 2013
3:37 PM 0

GEMPAR!!! Terserempak Buaya Dalam Laut [SAKSIKAN...]

Photo: Admin,laut penang ada boya..
Lokasi gmbaq dekat2 sg perai diantara jmbatan n BWCT Penang Port..

GEORGETOWN - Seorang kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang di sini terserempak dengan seekor buaya berhampiran dengan pelabuhan berkenaan.

 Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang.

 Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut.

 "Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang sukar untuk ditemui.

 “Kalau di kawasan sungai pun sukar hendak jumpa buaya, apatah lagi di kawasan pantai, mungkin ia buaya sesat,” katanya.
  
 Mohd Asyraf turut berkongsi gambar berkenaan di laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

 Beliau turut menyangkal ia biawak besar kerana kejadian berkenaan disaksikan beberapa individu yang lain. - SH.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...