Searching...

Get This

Thursday, November 28, 2013
3:20 PM 0

GADIS PELAJAR UNIVERSITI MEMBUAT 2 LAPORAN POLIS MENDAKWA DIUGUT BUNUH BEKAS TEMAN LELAKI MENYEBARKAN GAMBAR TIDAK SENONOH

Gambar 'panas' pasangan Melayu dilaporkan bercuti di Cherating, Pahang, tersebar di laman sosial, bukan sahaja menarik perhatian orang awam tetapi pihak berkuasa.


Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan undang-undang terhadap pasangan itu harus dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP.  

Klik di sini.


Melalui pengamatan, banyak kesan tompokan merah kelihatan di tubuh lelaki di bawah. Barangkali akibat nyamuk nakal berterbangan, mengigit dan menghisap darah di pantai, lokasi mereka bercuti.




Dicatatkan di blog itu, pelajar universiti terbabit telah membuat laporan polis pada 30 Jun 2013. Dia mendakwa diugut bunuh sejak memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, pemain rugbi. 


Laporan polis dipaparkan di blognya dipetik daripada pemilik akaun facebook, Ottoman Ibnu Othman.


Gadis sama juga membuat laporan banyak gambar peribadi, sebilangan tidak senonoh telah dimuatnaik oleh bekas teman lelaki menggunakan akaun facebook palsu.

Laporan polis kedua menyusul dibuat pada 26 November lalu.


Ramai berpandangan, pelajar universiti itu telah melakukan kesilapan dan berharap kejadian itu tidak diulangi.  


Selain daripada JAIP, pihak polis juga harus menyiasat dan mengambil tindakan berikutan dakwaan berhubung kes ugutan bunuh itu. 



Terfikir, mengapakah gadis itu terpaksa membuat 2 laporan kepada pihak polis? Apakah tindakan susulan polis berikutan laporan pertama dibuat hampir 6 bulan lalu itu? 


sumber: Blogger (pemberita)

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...