Searching...

Get This

Sunday, November 10, 2013
9:07 AM 0

FREDDIE DICULIK! (MANGSA DITEMUI)

Guru bahasa Inggeris sekolah swasta warga Britain, Sarah Joseph, 38 tahun, kini trauma kerana anak sulungnya,  Freddie Joseph, 18 bulan, diculik sekitar jam 6 petang semalam di rumah teres 2 tingkat mereka, terletak di Jalan Terasek, Bangsar, Kuala Lumpur.

Di bawah, gambar Freddie.


Seorang lelaki dilaporkan masuk ke dalam kawasan rumah dan kemudian melarikan anak kecil itu ke kenderaan Toyota Camry, dillapor menggunakan nombor pendaftaran, BKP 4386 berwarna putih diparkir di luar rumah. Berkemungkinan besar, nombor pendaftaran itu palsu. Sarah cuba mendapatkan kembali Freddie daripada lelaki bersenjata tajam terbabit tetapi gagal. Kenderaan penculik itu dipandu oleh wanita.

Sarah dikatakan masuk ke rumah buat seketika, meninggalkan anaknya berseorangan di ruang legar rumah, tempat pakir kenderaan.




Freddie, anak hasil perkahwinan Sarah dengan bekas suaminya, warga Filipina.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dipercayai dikenali oleh keluarga mangsa dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961, sabit kesalahan pesalah boleh digantung sampai mati. 

Salurkan maklumat kepada polis melalui  03 2115 9999 jika mengetahui lokasi Freddie berada.




Foto

"Polis menemui mangsa selepas mendapat maklumat awam. Seorang pesara kerajaan berusia 57 tahun yang menemuinya bertindak segera melaporkan kepada pihak sebelum kami tiba di tempat itu.

"Mangsa ditemui berseorangan, memakai pakaian sama ketika diculik, dalam keadaan sihat seperti kanak-kanak biasa dan kita dapati tiada sebarang kecederaan di tubuhnya. 

"Namun, mangsa tetap dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi pemeriksaan lanjut berhubung kesihatannya,” katanya dalam media di Balai Polis Pantai, di sini.

Menurutnya, polis berhadapan sedikit kesukaran untuk mendapat maklumat sebenar kejadian berikutan mangsa belum pandai berkomunikasi dengan baik.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada ibunya, Sarah Joseph, 38, di Balai Polis Jalan Tun Razak, kira-kira 2.45 petang. 

Dalam sidang media itu, beliau turut menunjukkan lakaran fotofit suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dengan ketinggian kira-kira 154 sentimeter berdasarkan keterangan saksi yang bergelut dengan suspek dalam kejadian penculikan jam 6.10 petang di Jalan Terasek 7, Bangsar, semalam.

"Kes masih diklasifikasikan sebagai culik. Mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik, suspek berhadapan dengan hukuman gantung,” katanya.

Media melaporkan, insiden itu berlaku apabila ibu mangsa masuk ke dalam rumah buat seketika dan meninggalkan kanak-kanak itu keseorangan. 

Sebaik keluar semula, ibu itu melihat seorang lelaki dan seorang wanita warga Myanmar yang dilaporkan memakai tudung penutup muka, mendukung dan melarikan anaknya.

Dia cuba mengambil kembali anaknya tetapi suspek lelaki bertindak melibas pisau ke arah ibu mangsa, sebelum suspek wanita membawa bayi itu masuk ke dalam kereta yang diletakkan di depan rumah.

Ibu mangsa kemudian bertindak mengejar suspek bagi mendapatkan semula anaknya, tetapi suspek dilaporkan menolaknya sebelum masuk ke dalam kereta dan memecut Toyota Camry berwarna putih yang disahkan Ku menggunakan nombor pendaftaran palsu. 

Ku berkata, orang ramai yang kemungkinan menyaksikan insiden itu diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi ‘Rakan Cop Polis KL’ di 03-21159999.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...