Searching...

Get This

Sunday, November 24, 2013
8:38 AM 0

Dua penjenayah tak sedar aksi dirakam

Taiping: Dua penjenayah yang bertindak ganas merompak dan bergelut dengan tauke kedai tidak menyedari aksi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis itu.
Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, kedua-dua penjenayah dikesan terlebih dulu menyamar sebagai pelanggan sebelum merompak pemilik premis kedai runcit yang terletak di Simpang, di sini. Mangsa, Pang Chu Tien, 52, berkata, dua lelaki bermotosikal masuk ke dalam premisnya tanpa membuka topi keledar sebelum menuju ke arah peti sejuk menempatkan botol dan tin minuman dijual.

Menurutnya, seorang lagi suspek menuju ke arahnya yang berada di kaunter bayaran sebelum memberitahu mahu membeli rokok.
“Pada masa sama seorang suspek memberi isyarat khas kepada rakannya sebelum menarik rantai emas yang saya pakai.

“Saya terkejut dengan tindakan itu dan cuba melawan suspek, namun dia enggan melepaskan rantai emas itu,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa mengalah selepas tangannya luka berdarah akibat terkena plastik penutup depan topi keledar dipakai suspek.
“Penjenayah kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama rantai emas bernilai lebih RM10,000 itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...