Searching...

Get This

Thursday, November 21, 2013
8:33 PM 1

AWAS!! Pencuri semakin berani.!






Kota Belud: Khamis, telah digemparkan dengan kes kecurian pada jam 3 petang hari ini. Suspek telah memasuki kawasan perumahan Taman Rangalau Ria(TRR) dengan menaiki kereta jenis kancil. Pencuri seramai 3 orang, seorang wanita dan dua orang lelaki.  Menurut saksi, En. Hafiz, suspek telah mencuri dua buah bateri kereta milik salah seorang penduduk di Perumahan Taman Rangalau Ria.  Walau bagaimanapun En. Hafiz cuba untuk mengejar  pencuri ini ketika berada di kawasan perumahan itu, namun tidak berjaya.
       
       En.Hafiz kemudiannya mengekori kenderaan tersebut hingga di pekan Kota Belud sambil  menghubungi pihak polis dan penduduk-penduduk di Taman itu. En. Jameson (Pengerusi) telah tiba bersama dengan penduduk Taman Perumahan Rangalau Ria(TRR) yang lain untuk memberikan bantuan. Pencuri tersebut tidak menyedari bahawa mereka telah diekori. Dengan kecekapan serta kemahiran yang ada  dan dibantu oleh pihak polis penduduk TRR telah berjaya menangkap pencuri itu.
             
        Menurut pemeriksaan polis terhadap pencuri itu mendapati, bahawa mereka memiliki jenis dadah yang belum dikenalpasti. Pencuri ini berasal dari daerah lain. 

    Tahniah kepada penduduk TRR yang telah berjaya memberkas pencuri tersebut. Menurut sumber daripada penduduk TRR ini, usaha untuk membenteras dan menghalang kejadian seperti ini berlaku, mereka telah menubuhkan satu pemantauan setiap malam dan juga siang(Sentri). Atas kerjasama daripada semua pihak, kes-kes kecurian semakin berkurangan di Taman TRR. Usaha seperti inilah yang sepatutnya harus dilakukan disetiap kawasan  perumahan untuk mengelakkan kejadian ini daripada berlaku. Pada musim cuti seperti inilah pencuri-pencuri giat melakukan jenayah. Jadi diharap semua penduduk kampung khususnya kawasan perumahan perlu berhati-hati dan memastikan rumah dikunci, pintu pagar dikunci serta memberitahu pihak polis sekirannya kita meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama.


En. Jameson menunjukkan kereta kancil yang digunakan oleh suspek



pemeriksaan polis terhadap kenderaan itu







kawasan perumahan Taman Rangalau Ria




sign board Taman Rangalau Ria







Photo
Pemantuan setiap malam




Photo








 




1 comments:

  1. Saya dpt rasakan kerjasama yang baik antara penghuni Taman ini. Congrates.

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...