kemalangan Ngeri di kampung Paka-Paka Kota Belud
Sabah, Kota Belud: Kg. Paka-Paka. Kejadian ini berlaku pada 27hb Oktober 2013 sekitar jam 9 pagi. Kemalangan ini berlaku kira-kira 5km dari Kota Belud. Kesibukan kenderaan yang terlalu banyak kerana ingin melihat acara Tamu Besar di Pekan Kota Belud pada hari ini.
Menurut saksi yang melihat kejadian ini, 2 orang mangsa yang terlibat. Bapa dan anaknya. Anaknya berumur 15 tahun. Motosikal yang mereka pandu dari kg Paka-Paka bersama pembonceng telah keluar dari jalan kampung dan melalui jalan utama. Tiba-tiba sebuah van dari arah jalan Kota Kinabalu menuju ke Kota Belud dengan kelajuan yang menyebabkan pemandu van tersebut tidak sempat menekan brek lalu merempuh motosikal tersebut.
Akibat dari rempuhan tersebut, kedua-dua mangsa terhumban ke laluan yang bertentangan dan dilanggar sebuah lori minyak. Mangsa mati di tempat kejadian akibat kepala mangsa yang digilis.
Pemandu van dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan..
0 comments:
Post a Comment