Searching...

Get This

Thursday, October 10, 2013
6:44 AM 0

‘bos’ pembunuh diburu

Kuala Lumpur: Identiti seorang ahli perniagaan yang juga rakan dan majikan kepada pembunuh upahan dikenali Si Empat Mata, 44, yang kini bersembunyi di Australia didedahkan polis selepas masih belum menyerah diri.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek Lim Yuen Soo, 53, kini diburu bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, 75.
Menurutnya, suspek berusia 53 tahun yang tinggal di Bayu Segar, Cheras, di sini, dipercayai melarikan diri dan sedang bersembunyi di Australia selepas tiga hari kejadian pembunuhan itu, 29 Julai lalu.

“Sehubungan itu, kami meminta mana-mana individu yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenainya tampil membantu siasatan.
Foto
MOHMAD menunjukkan gambar suspek.

“Suspek juga rakan dan majikan kepada pembunuh upahan yang berjaya ditangkap di Taiping sebelum ini dan kami sudah mendakwanya di mahkamah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...