Searching...

Get This

Sunday, November 2, 2014
8:48 AM 0

Gempar!! Kapal Angkasa Terhempas

  • Imej dari televisyen tempatan menunjukkan bangkai SpaceShipTwo bertaburan di kawasan Gurun Mojave. Foto: AFPImej dari televisyen tempatan menunjukkan bangkai SpaceShipTwo bertaburan di kawasan Gurun Mojave. 
  • Foto: AFP

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Kapal angkasa perintis Virgin Galactic yang direka khusus untuk membawa pelancong ke angkasa terhempas di Gurun Mojave semalam, membunuh salah seorang daripada dua juruterbang.

Imej di televisyen menunjukkan bangkai SpaceShipTwo, kenderaan ujian yang terbang ke pinggir angkasa, bertaburan di atas permukaan tanah di tengah-tengah kawasan semak di timur Mojave, beberapa jam pemanduan dari timur laut Los Angeles.

"Ini hari yang sukar buat kami. Apa pun, insiden ini tidak menghalang kami untuk terus bergerak ke hadapan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Galactic, George Whitesides dipetik agensi dpa.

Insiden itu adalah bencana kedua melibatkan kapal angkasa di Amerika Syarikat minggu ini, selepas sebuah roket tanpa pemandu Orbital Science  Corp yang membawa bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) meletup selepas pelancaran di Virginia pada Selasa.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...