Searching...

Get This

Thursday, August 7, 2014
10:14 PM 0

McDonald's Kecewa Premisnya Mengalami Vandalisme Ekoran Boikot


McDonald's kecewa premisnya mengalami vandalisme ekoran boikot
      Gambar fail kekecohan akibat boikot di McDonald's di Dungun pada Rabu.

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia hari ini meluahkan rasa kekecewaannya kerana beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang  mengancam keselamatan pekerjanya, ekoran gesaan pelbagai pihak untuk memboikot syarikat.

McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa ia tidak meyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.

"Nilai-nilai teras kami ialah menjalankan perniagaan kami secara beretika dan dan dengan standard tertinggi. Tidak ada apa-apa kebenaran dalam dakwaan di internet yang mencadangkan sebaliknya.

"Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia," kata syarikat di dalam satu kenyataan media.

McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada Jumaat.

"Kami menggesa semua pelanggan dan rakyat Malaysia melawat laman Facebook rasmi kami dan laman web korporat kami untuk mengesahkan apa-apa maklumat dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh McDonald's Malaysia."

Sebelum ini, terdapat gesaan di laman media sosial untuk memboikot McDonald’s kerana dakwaan ia adalah penyokong Israel.







sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...